kata tugas
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu kata tugas
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah
Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis.Kata tugas hadir dalam ayat,sama ada di bahagian hadapan ayat,di bahagian hadapan frasa,atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.
Jenis-jenis kata tugas
a. Kata Hubung
Kata hubung ialah kata penyambung ayat,iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.
Contoh:
i. Ali,Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.
ii. Aslinda menari sambil menyanyi.
iii. Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
iv. Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.
v. Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mehu memberitahu.
b) Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
Contoh:
i) Aduh, sakitnya tanganku!
ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini! iii) Ah, aku tidak bersetuju!
iv) Amboi, sombongnya dia!
v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!
c) Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.
Contoh:
Berapa
Bila
– Harga barang itu berapa?
– Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
– Mereka sampai bila?
– Bilakah gerangan kekanda akan pulang?
1
Bagaimana – Kesihatannya sekarang bagaimana?
d) Kata Perintah
– Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh:
i)Jangan buang sampah di sini. ii)Usah biarkan dia berseorangan.
iii)Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan. iv)Jemput masuk!
v)Minta tuan-tuan bersabar sebentar.
e) Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya.
Contoh:
i)Hatta istana itu pun siaplah.
ii)Maka panglima itu pun diberi persalinan.
iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka. iv)Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
v)Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.
Berikut merupakan bahan kata tugas
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.