Koleksi Soalan Matematik Exam PTD
Antara kerjaya popular di kalangan graduan adalah Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Difahamkan, pada setiap ambilan, 100 ribu lebih permohonan untuk mengisi 400 kekosongan. Pemohon perlu menduduki peperiksaan online sebelum melalui beberapa siri temuduga. Selepas lulus temuduga, calon juga perlu lulus Diploma Pengurusan Awam untuk dilantik sebagai pegawai.
Cabaran pertama merupakan peperiksaan online yang mesti diduduki oleh semua pemohon. peperiksaan ini mengandungi soalan berkaitan seperti pengetahuan am, matematik dan bahasa inggeris.
Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD di – https://t.me/persediaanPTD41
Contoh soalan boleh rujuk di bawah
Diber isipadu sebuah silinder tegak dengan diameter tapaknya 16cm ialah 4224 cm padu. Berapakah ketinggian silinder tersebut?
Bakul biru lebih ringan daripada bakul kuning, bakul hijau lebih ringan daripada bakul merah dan bakul biru lebih berat daripada bakul merah. Susunan bakul bermula dengan yang paling berat ialah
Sebuah besen mengandungi sejumlah bola berlainan warna iaitu 48 biji berwarna ungu, 72 biji berwarna biru, 64 biji berwarna merah dan 56 biji berwarna jingga. Jika 2 biji bola dipilih secara rawak berapakah kebarangkalian untuk mendapat bola ungu dan biru?
Purata berat kotak P, Q, R, S dan T ialah 1kg 754g. Berat kotak P, Q, R dan S masing-masing ialah 2855g, 3/5kg, 1kg 80g dan 2 1/4 kg. Berapakah berat T?
Sebuah kilang memproses air minuman mengeluarkan 1267.5 liter air minuman sehari yang dibotolkan dalam saiz 750ml sebotol. Berapakah bilangan botol penuh minuman yang dihasilkan selama 24 hari apabila 7 hari terakhir itu pengeluaran berkurang sebanyak 202.5 liter sehari?
Segulung dawai yang panjangnya 544cm dipotong kepada 4 bahagian yang sama panjang untuk membentuk 4 unit segiempat sama yang sama saiz. Berapakah panjang bagi setiap satu sisi segiempat tersebut?
Ramli telah melancong ke Korea Selatan dengan membawa wang tunai berjumlah W250,000 (Won Korea) dan membelanjakan sebanyak 7/8 daripada jumlah wang tersebut. Berapakah baki wang Ramli (bundarkan kepada ringgit yang terhampir) dalam Ringgit Malaysia jika kadar pertukaran wang pada ketika itu ialah W50,000 bersamaan RM183.77?
Nisbah bilangan buah kelapa muda kepada buah cempedak yang dijual di sebuah pasar malam ialah 7:2. Berapakah jumlah bilangan kedua-dua jenis buah tersebut apabila bilangan buah cempedak ialah 392 biji?
147 biji oren diagihkan kepada 3 kumpulan pelajar X, Y, dan Z. Kumpulan X mendapat 1/3 daripada jumlah tersebut manakala kumpulan Y mendapat 1/7 daripada baki buah oren tersebut. Berapakah jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh kumpulan X dan Z?
Berikut merupakan soalan matematik PTD.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.