Koleksi Soalan Peperiksaan PTD 2014-2020
Antara kerjaya popular di kalangan graduan adalah Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Difahamkan, pada setiap ambilan, 100 ribu lebih permohonan untuk mengisi 400 kekosongan. Pemohon perlu menduduki peperiksaan online sebelum melalui beberapa siri temuduga. Selepas lulus temuduga, calon juga perlu lulus Diploma Pengurusan Awam untuk dilantik sebagai pegawai.
Cabaran pertama merupakan peperiksaan online yang mesti diduduki oleh semua pemohon. peperiksaan ini mengandungi soalan berkaitan seperti pengetahuan am, matematik dan bahasa inggeris.
Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD di – https://t.me/persediaanPTD41
Contoh soalan boleh rujuk di bawah
Mimi mempunyai RM 310 manakala adiknya mempunyai 4/5 daripada wang yang ada pada mimi. Mereka berkongsi wang untuk membeli 3 buku sains berharga RM 25 sebuah, 4 buku matematik berharga RM 32 sebuah, 2 buku sejarah yang sama harga dan 4 buku geografi yang berharga 3⁄4 daripada buku sejarah sebuah. Sekiranya baki wang selepas pembelian adalah sebanyak RM 175, berapakah harga sebuah buku sejarah?
Diana berkerja selama 35 jam seminggu dan dibayar pada kadar biasa setiap jam. Pada minggu tersebut, beliau telah diminta untuk berkerja lebih masa selama 5 jam dengan bayaran dua kali ganda daripada kadar biasa setiap jam. Jika beliau memperoleh RM 561.60 pada minggu tersebut, berapakah kadar bayaran biasa beliau bagi setiap jam?
Terdapat 80 buah kenderaan di sebuah kawasan perumahan yang terdiri daripada kereta dan van, kenderaan tersebut sama ada berwarna hitam atau putih. 35 buah kenderaan berwarna hitam, 60 daripadanya adalah kereta. 9 buah daripada kenderaan tersebut adalah van, berapakah bilangan kereta yang berwarna hitam.
Program Transformasi Ekonomi yang berteraskan kepada focus dan daya saing telah merangkumkan beberapa Bidang Ekonomi Utama Negara. Nyatakan jumlah Bidang Ekonomi Utama Negara yang telah dikenal pasti?
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang konsep “Ketinggian Perlembagaan” di Malaysia
- Perlembagaanpersekutuanmerupakanundang–undangtertinggiNegara
- Yang di-Pertuan Agong tidak tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan
- Parlimen tidak boleh membuat undang- undang bagi perkara – perkara yang berada di luar bidang kuasanya
- Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan undang – undang yang didapati bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berikut merupakan contoh soalan PTD daripada tahun 2014 hingga 2020. kongsikan kepada rakan yang bakal menduduki ujian PTD.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.