Panduan Temuduga Secara Online Sektor Kerajaan
Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan panduan temuduga secara online in situ. Panduan disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Berikut merupakan panduan menghadiri temu duga secara online.
Antara panduan sebelum temu duga
Semak Butiran Panggilan Temu Duga
Calon perlu membuat semakan dan peka dengan tarikh dan masa sesi temu duga sepertimana yang tercatat dalam dokumen panggilan temu duga.
Lokasi Temu Duga
Calon dikehendaki untuk menduduki temu duga secara maya di kediaman masing-masing. Calon tidak perlu hadir ke mana-mana Pusat Temu Duga SPA.
Persiapan Teknikal
Calon perlu memastikan kelengkapan teknikal untuk menduduki temu duga maya tersedia termasuklah:
- Peranti (smartphone/laptop/desktop).
- Aplikasi temu duga maya yang ditetapkan dalam dokumen panggilan temu duga telah dimuat turun.
- Talian internet yang stabil dan kuota mobile data yang mencukupi bagi memastikan kelancaran sesi temu duga.
- Kamera pada peranti berfungsi dengan baik bagi membolehkan panel penemu duga dapat melihat imej calon dengan jelas.
- Penggunaan peranti sokongan untuk sistem audio (earphone/headphone/external microphone) adalah disarankan bagi membolehkan suara calon dan panel penemu duga dapat didengari dengan jelas.
- Calon perlu membuat semakan terhadap tetapan audio dan kamera pada peranti yang digunakan agar ditetapkan dalam mod ‘on’.
Pemilihan Ruang dan Persekitaran Temu Duga yang Kondusif
Bagi membolehkan temu duga maya dilaksanakan dengan lancar, calon disyorkan untuk mengenal pasti dan menyediakan ruang persekitaran yang kondusif dan bersesuaian iaitu:
- Bebas dari bunyi bising yang dapat mengganggu sesi temu duga.
- Pencahayaan yang cukup. Elakkan kedudukan yang membelakangkan sumber cahaya bagi mengelakkan kesan backlight.
- Penggunaan ruang yang bersih dan kemas bagi mengelakkan konsentrasi panel penemu duga terganggu.
- Hanya calon sahaja dibenarkan untuk berada di ruang temu duga. Individu lain yang tidak berkaitan tidak dibenarkan untuk hadir temu duga bersama- sama calon.
Melengkapkan dan Memuat Naik Dokumen Temu Duga di dalam Sistem MyResume
Calon perlu melengkapkan dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam Sistem MyResume.
Menghadiri Sesi Simulasi
Calon diwajibkan untuk menghadiri sesi simulasi bagi memastikan kesesuaian peranti dan rangkaian serta kelancaran sesi temu duga.
Panduan semasa temuduga
Pemilihan pakaian
Calon mesti memakai pakaian yang sesuai mengikut Kod Etika Pakaian Temu Duga yang telah ditetapkan.
Pemakaian Pelitup Muka
Calon tidak perlu memakai pelitup muka / face shield sepanjang sesi temu duga diadakan.
Persediaan Awal
Calon dinasihatkan untuk bersedia sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal sebelum masa temu duga yang dijadualkan.
Rakaman Sesi Temu Duga
Calon atau pihak ketiga DILARANG untuk membuat sebarang rakaman sesi temu duga.
Posisi Tempat Duduk Ideal
Calon harus memastikan:
- Jarak antara tempat duduk dan kamera yang sesuai bagi membolehkan panel penemu duga melihat imej calon secara menyeluruh.
- Kedudukan kamera yang ideal adalah pada ketinggian paras mata calon.
- Fokus pandangan mata pada kamera (bukannya pada skrin) bagimewujudkan eye contact yang lebih tepat dengan panel penemu duga.
Tetapan Tambahan pada Peranti
Nyahaktifkan fungsi notifikasi pada peranti bagi mengelakkan gangguan notifikasi sepanjang sesi temu duga.
Tetapan Tambahan pada Peranti Lain (Jika ada)
Peranti ditetapkan dalam mod senyap
Permulaan Sesi Temu Duga
Sesi temu duga dikira bermula sejurus sahaja panel penemu duga memulakan perbualan dan mengalu-alukan kehadiran calon.
Pemakluman Kepada Panel Penemu Duga Sekiranya Berlaku Gangguan Teknikal Semasa Temu Duga
Calon perlu memaklumkan kepada panel penemu duga sekiranya terdapat gangguan teknikal semasa sesi temu duga. Contohnya, suara panel penemu duga tidak dapat didengari calon.
Penamatan Sesi Temu Duga
Calon disarankan untuk memastikan talian pada aplikasi yang digunakan diputuskan sejurus sesi temu duga selesai.
Berikut merupakan dokumen panduan temu duga secara online
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.