PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 2021
Pengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate Unified (UEC) bagi tahun 2021.
Berikut merupakan iklan tawaran pengambilan khas ini
Permohonan dalam talian akan dibuka pada : 16 – 22 Julai 2021 jam 11.59 malam.
Permohonan bagi program tersebut bermula pada 16 Julai 2021 (Jumaat) dan pemohon boleh layari laman sesawang https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.
Berikut merupakan syarat
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- 2.1 Warganegara Malaysia.
- 2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atauselepas 30 Jun 2001.
- 2.3 Sihat tubuh badan.
- 2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- 2.5 Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- 2.6 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) matapelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Sejarah; dan
- Bahasa Inggeris.
- 2.7 Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan. (Lampiran A)
BIDANG PENGKHUSUSAN BAGI PENGAMBILAN KHAS rujuk di bawah untuk SK dan SJK
Untuk panduan permohonan rujuk di bawah
Cara permohonan
- Iklan pengambilan khas PISMP Fasa 2 hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Julai 2020. Manakala permohonan boleh mula dibuka mulai 16 hingga 22 Julai 2021.
- Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
- Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video Kecergasan Fizikal, syarat bidang serta kalendar aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
- Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.