Permohonan menjadi guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Kementerian Pendidikan dibuka sekarang
Seperti yang kita ketahui, melalui sidang media Menteri KPM pada 20 Jun 2021, ada menjelaskan berkenaan dengan usaha kerajaan untuk mengambil 18702 guru baru bagi merapatkan jurang kekurangan guru antara negeri. Usaha ini merupakan salah satu inisiatif di bawah KPM untuk menguruskan pendidikan di Malaysia pasca covid-19. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan terlibat untuk membuat lantikan guru tersebut.
Pengambilan khas ini akan mengutamakan Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara. Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh Graduan Pendidikan.
Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan pendidikan Gred DG41 secara one off tahun 2021 ini akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021 selewat-lewatnya pukul 5.30 petang.
Untuk nota dan persediaan temuduga SPP join – https://t.me/notatemudugaspp
Panduan permohonan di mySPP
Panduan mengisi permohonan di mySPP – Panduan mySPP untuk permohonan menjadi guru Kementerian Pendidikan
Memandangkan heavy load pada laman SPP, jadi terdapat kesukaran untuk mengakses portal ini. Berikut merupakan maklumat daripada portal berkenaan hebahan ini di https://www.spp.gov.my/hebahan.html
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).
Temu duga akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya calon-calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6. Calon-calon yang berminat dikehendaki memohon, menghantar dan mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP (https://myspp.spp.gov.my/) dan mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam mengikut :
a) Arahan Memuat Naik Dokumen Temu Duga;
b) Panduan Memuat Naik Dokumen Temu Duga; dan
c) Senarai Semak Dokumen Temu Duga.
Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:
Opsyen bagi SJKC di Semenanjung, Sarawak dan Sabah:
Kelayakan iktisas untuk setiap opsyen rujuk di bawah
42.MATRIKS OPSYEN TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO
47.MATRIKS OPSYEN TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER _ RANGKAIAN
41.MATRIKS OPSYEN TEKNOLOGI KIMPALAN
40.MATRIKS OPSYEN TEKNOLOGI ENJIN MARIN
39.MATRIKS OPSYEN TEKNOLOGI ELEKTRONIK
38.MATRIKS OPSYEN TEKNOLOGI ELEKTRIK
37.MATRIKS OPSYEN TEKNOLOGI AUTOMOTIF
36.MATRIKS OPSYEN SENIBINA LANDSKAP
35.MATRIKS OPSYEN SENI REKA FESYEN
34.MATRIKS OPSYEN SENI KULINARI
33.MATRIKS OPSYEN PENGURUSAN PERUNCITAN
32.MATRIKS OPSYEN PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN
27.MATRIKS OPSYEN BIOTEKNOLOGI
26.MATRIKS OPSYEN BAKERI _ PASTRI
24.MATRIKS OPSYEN AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN
23.MATRIKS OPSYEN AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI
22.MATRIKS OPSYEN AGROINDUSTRI TANAMAN
18.MATRIKS OPSYEN REKA BENTUK TEKNOLOGI
17.MATRIKS OPSYEN PENDIDIKAN SENI VISUAL
16.MATRIKS OPSYEN PENDIDIKAN MORAL
15.MATRIKS OPSYEN PENDIDIKAN KHAS
14.MATRIKS OPSYEN PENDIDIKAN JASMANI _ KESIHATAN
13.MATRIKS OPSYEN PENDIDIKAN ISLAM
12.MATRIKS OPSYEN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK
8.MATRIKS OPSYEN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
10.MATRIKS OPSYEN GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL
6.MATRIKS OPSYEN BAHASA MELAYU
4.MATRIKS OPSYEN BAHASA INGGERIS
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.