SENARAI SEMAK DOKUMEN TEMU DUGA BAGI PERMOHONAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Perkongsian kali ini berkenaan dengan senarai semak permohonan guru ambilan khas 2021 secara one off.
Seperti yang kita ketahui, melalui sidang media Menteri KPM pada 20 Jun 2021, ada menjelaskan berkenaan dengan usaha kerajaan untuk mengambil 18702 guru baru bagi merapatkan jurang kekurangan guru antara negeri. Usaha ini merupakan salah satu inisiatif di bawah KPM untuk menguruskan pendidikan di Malaysia pasca covid-19. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan terlibat untuk membuat lantikan guru tersebut.
Untuk nota dan persediaan temuduga SPP join – https://t.me/notatemudugaspp
Panduan mengisi permohonan di mySPP – Panduan mySPP untuk permohonan menjadi guru Kementerian Pendidikan
Permohonan menjadi guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Kementerian Pendidikan dibuka sekarang
Memandangkan heavy load pada laman SPP, jadi terdapat kesukaran untuk mengakses portal ini. Berikut merupakan maklumat daripada portal berkenaan hebahan ini di https://www.spp.gov.my/hebahan.html
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).
Temu duga akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya calon-calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6. Calon-calon yang berminat dikehendaki memohon, menghantar dan mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP (https://myspp.spp.gov.my/) dan mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam.
Berikut merupakan dokumen senarai semak
59.SENARAI SEMAK DOKUMEN TEMUDUGA
Senarai semak permohonan guru rujuk di bawah
Di bawah merupakan senarai dokumen berkaitan bagi melengkapkan permohonan ini
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.