Pegawai Siasatan Gred P41 SPRM
Tawaran permohonan bagi sesiapa yang memohon jawatan Pegawai Siasatan Gred P41 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 25 Julai 2021 (Ahad) jam 11.59 malam.
DESKRIPSI TUGAS :
- Aspek Siasatan
- Aspek Perisikan
- Aspek Pendidikan Masyarakat
- Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
- Aspek Perundangan dan Pendakwaan
- Aspek Penyelidikan dan Perancangan
- Aspek Latihan
- Aspek Keselamatan
- Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Jadual gaji rujuk di bawah
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE GRED P43,P47,P51 ATAU P53
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenan bagi lantikan terus ke Gred P43, P47, P51 atau P53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan syarat Bahasa Melayu; dan
- mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred P43 : RM4,009.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred P47 : RM5,374.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred P51 : RM6,108.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred P53 : RM6,878.00).
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI SIASATAN GRED P41
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,502.00); atau - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,616.65); atau - Ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
(Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,732.18); atau - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24); atau - Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24); atau - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,078.77); atau - Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,194.30);
Calon yang berminat dan memenuhi syarat hendaklah mendaftar secara atas talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di
Iklan tawaran di bawah
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.