Hibah
Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undangundang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkanwasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.
Kedua-dua instrumen inidigalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendaksyarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah danwasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hokum faraid.Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga sebenarnya diberi focus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.
KONSEP HIBAH DALAM ISLAM | PENGERTIAN HIBBAH
HIBAH DARI SEGI BAHASA
bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.
HIBAH DARI SEGI ISTILAH |
ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihakkepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala diakhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:
- Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
- Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
- Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
- Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
- Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu
HUKUM DAN PENSYARIATAN HIBAH
Dari segi hukum, hbah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedaplagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).
Rukun Hibah dan Syaratnya:
Sesuatu akad hbah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:
Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hbah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd.Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya.hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.
Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hbah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hbah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hbah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hbah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hbah.
Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlumemenuhi syarat-syarat berikut:
1. Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
2. Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
3. Barang atau harta itu milik pemberi hbah.
4. Ia boleh diserah milikkan.
5. Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hbah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
6. Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah.
Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam,barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.
Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hbah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hbah. Ia tertakluk kepada syarat-syaratberikut:
1. Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
2. Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
3. Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hbah yang disyaratkan dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalamal-‘umra dan al-ruqba adalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan di sumber
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.