Kata Pemeri
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Kata Pemeri
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah
Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i. adalah ii. ialah
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.
1. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.
Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif. Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-
- Tidak benar
- Tidak cantik
- Tidak adil
Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar. Keputusan itu adalah tidak adil.
Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-
i.Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Struktur ayat yang betul ialah:
- Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
- Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
- Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
- Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa. Struktur ayat yang betul ialah:
- Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu. Struktur ayat yang betul ialah:-
- Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Berikut merupakan bahan Kata Pemeri
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.