Modul Intervensi SPM Grafik Komunikasi Teknikal
Perkongsian kali ini melibatkan Modul Mata Pelajaran SPM sesuai untuk persediaan calon SPM KSSM iaitu Modul Intervensi SPM Grafik Komunikasi Teknikal
Bermula 2021, format SPM menggunakan format KSSM yang terkini.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Dalam proses penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran, seseorang pendidik harus sentiasa peka dengan elemen-elemen yang dapat mempengaruhi PdP, bukan sahaja di dalam kelas malahan di luar kelas. Pendidik perlu memikirkan suatu bentuk bahan pendidikan yang terbaik untuk mencapai hasil pembelajaran.
Seseorang pendidik perlu melalui lima peringkat pembinaan modul iaitu; Analysis, Design, Development, Implementation, and Evaluation (ADDIE) Kelima-lima peringkat pembinaan modul ini terdapat pada kesemua model pembinaan modul yang telah digunapakai oleh ramai pembina modul yang efektif.
Antara contoh bahan dalam modul ini ialah
Rajah 8 menunjukkan satu contoh ABCDEF. ADEF ialah separuh heksagon sekata. Dengan menggunakan kaedah geometri lukiskan pencontoh tersebut dengan kedudukan A dan D seperti ditunjukkan. Berdasarkan pencontoh yang anda bina, kecilkan pencontoh tersebut dengan menggunakan kaedah nisbah luas 4:5
Berikut merupakan Modul Intervensi SPM Grafik Komunikasi Teknikal
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram. Setiap modul di atas sudah terdapat sumber rujukan.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.