Modul Intervensi SPM Sains Tambahan
Perkongsian kali ini melibatkan Modul Mata Pelajaran SPM sesuai untuk persediaan calon SPM KSSM iaitu Modul Intervensi SPM Sains Tambahan
Bermula 2021, format SPM menggunakan format KSSM yang terkini.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Dalam proses penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran, seseorang pendidik harus sentiasa peka dengan elemen-elemen yang dapat mempengaruhi PdP, bukan sahaja di dalam kelas malahan di luar kelas. Pendidik perlu memikirkan suatu bentuk bahan pendidikan yang terbaik untuk mencapai hasil pembelajaran.
Seseorang pendidik perlu melalui lima peringkat pembinaan modul iaitu; Analysis, Design, Development, Implementation, and Evaluation (ADDIE) Kelima-lima peringkat pembinaan modul ini terdapat pada kesemua model pembinaan modul yang telah digunapakai oleh ramai pembina modul yang efektif.
Antara contoh bahan dalam modul ini ialah
Rajah menunjukkan luka pada jari yang dialami oleh Raju. Jika proses yang dinamakan di 4(a)(ii) tidak berlaku, nyatakan kesan yang akan berlaku kepada Raju.
Rajah 4.3 menunjukkan keadaan Ramli yang mengalami obesiti dan kesukaran untuk menaiki tangga. Dia juga mengalami penyakit trombosis. Terangkan bagaimanakah keadaan Ramli menjadi salah satu faktor penyebab kepada penyakit trombosis.
Berikut merupakan Modul Intervensi SPM Sains Tambahan
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram. Setiap modul di atas sudah terdapat sumber rujukan.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.