Nota Hukum DM
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Nota Hukum DM
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah
a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.
b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.
c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”.
2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM : Frasa Bahasa Malaysia : (‘benda’ diikuti ‘sifat’) Contoh:
- Rumah saya
- -Kereta baru
- -Bebola ikan –
- Lampu kereta
- -Buku teks
- -Kereta Proton
- -Idea baru
Frasa Bahasa Inggeris : (‘sifat’ diikuti ‘benda’) / dikira salah dalam bahasa Malaysia. Contoh:
- -Saya rumah (my house)
- -Baru kereta (new car)
- -Ikan bebola (fish ball) -Kereta lampu (car lamp) -Teks buku (text books) -Proton kereta (proton cars) -Baru idea (new idea)
KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:
i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.
Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris) – dia menaiki mini bas.
- -makan di Aisyah Restoran.
- -makan Maggie mee.
- -naik Mara Ekspress
- -bercicahkan cili sos.
- -membeli goreng pisang.
- -di Ah Kong kedai basikal.
- -berbincang lain hal.
Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
- -dia menaiki bas mini.
- -makan di Restoran Aisyah.
- -makan mi Maggie.
- -naik Ekspress Mara.
- -bercicahkan sos cili.
- -membeli pisang goreng.
- -di kedai basikal Ah Kong.
- -berbincang hal lain.
Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.
Contoh:
Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)
- -hal lain-lain
- -perkara lain-lain
- -peristiwa lain-lain
- -buku lain-lain-buku bacaan lain-lain
Contoh:
Salah: (salah kerana ‘sifat’ diletak di hadapan dan ‘sifat’ digandakan)
- -lain-lain hal
- -lain-lain perkara
- -lain-lain peristiwa
- -lain-lain buku –
- lain-lain buku bacaan
Berikut merupakan bahan Nota Hukum DM
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.