Peribahasa Jarang Didengar
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Peribahasa Jarang Didengar
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah
Meletup di sana, di sini bunyinya – Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.
Seperti hendak meluruskan ekor beruk – Sukar menasihati orang yang degil.
Api padam puntung berasap – Perkara yang telah selesai tetapi ditimbulkan kembali.
Selama enggang meneram – Lama benar. Contoh ayat: Najmi telah keletihan menunggu isterinya yang pergi membeli-belah selama enggang meneram.
Belum terbang lalat – Waktu pagi yang awal. Contoh ayat: Belum terbang lalat, Mimi memulakan perjalanan agar tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Baling-baling di atas bukit – Pendirian yang tidak tetap Contoh ayat: Penyokong-penyokong parti itu bagai baling- baling di atas bukit, tidak boleh dipercayai kerana mudah terpengaruh dengan pihak lawan.
Sepak kertas – tiada pekerjaan. Contoh ayat: Sudah dua bulan Ali sepak kertas selepas syarikat tempatnya bekerja ditutup.
Ketawa raja – Ketawa tetapi dalam kesedihan. Contoh ayat: Amar ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.
Air mata jatuh ke perut – Berduka cita dalam diam. Contoh ayat: Walaupun kelihatan seperti mempunyai kesihatan mental yang baik, ada penghidap kemurungan tersembunyi merahsiakan kesedihan mereka umpama air jatuh ke perut.
Berikut merupakan bahan Peribahasa Jarang Didengar
PERIBAHASA YANG JARANG DIDENGARI
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.