Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Sejarah SPM KSSM sesuai untuk persediaan SPM KSSM iaitu nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
Bermula 2021, format SPM menggunakan format KSSM yang terkini.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
Ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu
Raja
- – Menjadi tonggak utama kerajaan.
- – Dianggap suci dan sentiasa ditaati.
- – Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai Dewa Siva.
Undang-undang
- – Dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.
- – Menjadi panduan pentadbiran kerajaan termasuk di wilayah pengaruh.
- – Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa.
Wilayah pengaruh
- – Merujuk kawasan yang rakyat menerima dan memperakui kekuasaan seseorang raja.
- – Contohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh meliputi dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.
Rakyat
- – Merujuk penduduk dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka.
Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang- undang
- KeunggulanKesultananMelayuMelakaterbukti melalui sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun.
- Sistem pentadbiran
- – Terbahagi kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran jajahan.
- – Pentadbiran pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat.
- – Bendahara sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera.
- – Penghulu Bendahari menguruskan perbendaharaan secara teratur.
- – Syahbandar bertanggungjawab mengutip cukai di pelabuhan.
- – Pembesar lain memungut cukai di kawasan pegangan.
- – Temenggung menjaga keselamatan kota Melaka.
- – Laksamana sebagai panglima Angkatan Laut Melaka.
- – Pada peringkat jajahan, pembesar menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung.
Berikut merupakan nota dan maklumat bagi Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram.
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.