Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Sejarah SPM KSSM sesuai untuk persediaan SPM KSSM iaitu nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
Bermula 2021, format SPM menggunakan format KSSM yang terkini.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
Maksud Nasionalisme
- Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
- Boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan.
- Menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.
- Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.
Pendapat Tokoh
- Beberapa orang tokoh dan sejarawan telah memberikan tafsiran mereka tentang nasionalisme.
- Hans Kohn– Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang kepada negara atau bangsanya.
- Profesor William R. Roff – Ketegasan orang Melayu disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi. – Timbul disebabkan kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat di Tanah Melayu.
- Dato’ Onn Jaafar – Menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdikari dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa lain yang tegap dan bersatu.
- Dr. Burhanuddin al-Helmi – Perjuangan perlu ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu National Fronts
Berikut merupakan nota dan maklumat bagi Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
B2 Kebangkitan Nasionalisme T4☀️
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram.
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.