Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Sejarah SPM KSSM sesuai untuk persediaan SPM KSSM iaitu nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun
Bermula 2021, format SPM menggunakan format KSSM yang terkini.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun
Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
- Kebangkitan orang Melayu menentang campur tangan British mencetuskan nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia. British menentang keras gerakan awal tersebut.
- Kesedaran awal nasionalisme
- – British membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah sejak awal abad ke-20.
- – Enakmen Undang-Undang Islam 1904 diperkenalkan dengan persetujuan British dan Raja-raja Melayu bagi memastikan sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara.
- – Badan penyiasat ditubuhkan, iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Deparment) dan Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau) bertujuan mengawal gerakan Islah Islamiah.
Perang Dunia Kedua (1939 – 1945)
- Perang Dunia Kedua berlaku di dua medan pertempuran:
- – Pertempuran di Eropah tertumpu di negara Eropah dan utara Afrika.
- – Pertempuran di Asia Pasifik tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
- Peperangan melibatkan dua pakatan, iaitu:
- – Kuasa Paksi yang dianggotai oleh Jerman, Itali dan Jepun.
- – Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Rusia dan kemudian disertai oleh Amerika Syarikat.
- Faktor-faktor Perang Dunia Kedua di Eropah:
- – Kemunculan ideologi baharu di Itali dan Jerman.
- – Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles.
- – Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama.
Berikut merupakan nota dan maklumat bagi Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun
B3 Konflik Dunia & Pendudukan Jepun T4☀️
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram.
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.