Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Zaman Komunis dan Darurat
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Sejarah SPM KSSM sesuai untuk persediaan SPM KSSM iaitu nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Zaman Komunis dan Darurat
Bermula 2021, format SPM menggunakan format KSSM yang terkini.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Zaman Komunis dan Darurat
Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
- Sejak awal tahun 1920-an, fahaman komunis mula dibawa masuk ke negara kita melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China.
- Pada tahun 1920, fahaman komunis cuba dibawa masuk oleh beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh melalui Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.
- Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
- Pada peringkat awal penubuhannya, PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina dan kemudian menyusup dalam Kesatuan Sekerja.
- Pada zaman pendudukan Jepun (1941 – 1945), PKM menentang Jepun melalui kerjasama dengan British serta pembentukan Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga
- Selepas kekalahan Jepun, PKM merampas peluang kekosongan politik untuk meluaskan pengaruhnya.
Tindakan Komunis
- – Melumpuhkan ekonomi dengan mencetuskan huru-hara di seluruh negara supaya penduduk hilang keyakinan terhadap British.
- – Menyasarkan lombong bijih timah dan ladang getah.
- – Merosakkan infrastruktur dan melakukan pelbagai kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas, khususnya sistem pengangkutan dan perhubungan.
- – Mengancam keselamatan rakyat dan menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat.
- – Mengancam pasukan keselamatan dengan menyerang balai polis dan membunuh pegawai tinggi kerajaan British.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram.
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.