Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Sejarah SPM KSSM sesuai untuk persediaan SPM KSSM iaitu nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
Bermula 2021, format SPM menggunakan format KSSM yang terkini.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu
- Pilihan raya merupakan asas kepada pembentukan kerajaan sendiri.
- Pilihan raya memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan.
- Pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu diadakan selaras dengan peruntukan dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Di negara kita, pilihan raya diadakan dari peringkat majlis perbandaran, diikuti peringkat negeri dan seterusnya Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
- Pilihan raya pada peringkat awal berjaya menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi.
Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
- Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam.
- Menyambung model Westminster, iaitu sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan Tanah Melayu.
- Mengurangkan kuasa pentadbiran British.
- Meminta kuasa veto (hak atau kuasa pembatalan yang diberikan kepada pihak tertentu) Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan.
- Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan.
Berikut merupakan nota dan maklumat bagi Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram.
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.