Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Sejarah SPM KSSM sesuai untuk persediaan SPM KSSM iaitu Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
Bermula 2021, format SPM menggunakan format KSSM yang terkini.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
Intipati 20 Perkara
1. Agama
Tiada bantahan berkenaan Islam menjadi agama rasmi Malaysia tetapi tiada agama rasmi negeri
harus diperuntukkan untuk Borneo Utara dan perundangan berkaitan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tidak harus terpakai di Borneo Utara.
2. Bahasa
- i. Bahasa Melayu menjadi Bahasa Rasmi Kebangsaan Persekutuan.
- ii. Bahasa Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh masa 10 tahun selepas Hari Malaysia.
- iii. Bahasa Inggeris seharusnya menjadi Bahasa Borneo Utara untuk kesemua tujuan, samada di peringkat negeri atau Persekutuan tanpa had masa.
3. Perlembagaan
Walaupun Persekutuan Tanah Melayu sedia ada diterima sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia. Perlembangaan Malaysia seharusnya menjadi satu dokumen baharu yang dipersetujui tanpa mengambil kira perkaitannya dengan negeri-negeri dan tidak seharusnya terjadi daripada satu siri pindaan terhadap satu Perlembagaan yang didrafkan dan dipersetujui oleh negeri- negeri berlainan dalam keadaan-keadaan yang berlainan. Satu Perlembagaan baharu utk Borneo Utara (Sabah) adalah semestinya penting.
4. Ketua Persekutuan
Ketua Negeri di Borneo Utara tidak seharusnya layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
5. Nama Persekutuan
Malaysia dan bukannya Melayu Raya
6. Imigresen
Kawalan ke atas urusan imigresen ke dalam mana-mana kawasan di Malaysia daripada luar hendaklah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat tetapi kemasukkan ke Borneo Utara hendaklah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya boleh mem ‘veto’ kemasukkan mana-mana orang ke Borneo Utara bagi urusan-urusan Kerajaan Negeri kecuali dalam keadaan yang melibatkan kawalan ketat keselamatan. Borneo Utara seharusnya mempunyai kawalan yang tidak terhad ke atas pergerakan mana-mana orang kecuali mereka yang berasal dari lain-lain kawasan di Malaysia yang berkhidmat di bawah Kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. 7. Hak Berpisah
Tiada hak sepatutnya diberikan utk berpisah dr Persekutuan.
8. Borneonisasi
Proses Borneonisasi di dalam perkhidmatan awam seharusnya dijalankan dengan sesegera yang mungkin.
9. Pegawai-Pegawai British
Apa-apa jua usaha harus dilakukan untuk menggalakkan para pegawai British untuk kekal di dalam Perkhidmatan Awam sehingga tempat-tempat mereka dapat diisi oleh orang-orang yang berkelayakan di Borneo Utara.
10. Kewarganegaraan
Syor-syor di dalam perenggan 148(k) di dalam laporan Suruhanjaya Cobbold seharusnya menjadi punca kuasa dalam mengawal hak-hak kewarganegaraan di Persekutuan di Borneo Utara tertakluk kepada
Berikut merupakan nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
SEJ B5 F5 ( 2 ) pembentukan malaysia
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram.
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.