Varian Lambda : Apa yang kita tahu
Semenjak Covid-19 melanda dunia pada awal tahun 2020, terdapat beberapa varian yang telah muncul di dunia bermula dengan Alpha (varian pertama) sehinggalah kepada Kappa dan Lambda.
WHO mengelaskan varian ini kepada VOC varian of concern dan VOI varian of interest.
Varian of concern adalah
- Alpha
- Beta
- Gamma
- Delta
Sesuatu virus dikelaskan sebagai voc jika peningkatan kepada kebolehjangkitan dan menyebabkan penurunan keberkesanan langkah-langkah kesihatan awam dan sosial seperti vaksin dan teraputik
Varian of interest
- Eta
- Iota
- Kappa
- Lambda
Sesuatu varian dikelaskan sebagai VOI jika mempunyai perubahan genetik yang menyebabkan perubahan pada ciri virus seperti meningkatkan kebolehjangkitan, menyebabkan kesan lebih teruk, mengurangkan imunisasi dan juga dikenalpasti sebagai punca kepada penularan dan jangkitan yang tinggi di sesebuah negara dan menunjukkan risiko kepada ancaman kesihatan awam di peringkat dunia. Senang kata, VOI ini belum difahami dengan jelas berbanding VOC. Jika varian itu memang disetujui berbahaya, ia akan terus dikelaskan sebagai VOC.
Apa yang diketahui berkenaan dengan varian Lambda?
Lambda pertama kali dikesan di Peru dan jangkitannya juga dikesan di beberapa negara di America Selatan dan USA tetapi tidak sehebat Delta.
Lambda dikelaskan sebagai VOI kerana mempunyai potensi untuk menyebabkan kesan yang lebih terus dan dikenalpasti sebagai punca kepada peningkatan penularan dalam komuniti (kluster).
Pada masa sekarang, penyelidik masih kekal fokus mengkaji Delta kerana Delta merupakan punca utama peningkatan kes di USA dan India kerana Delta dikenalpasti sebagai varian yang sangat mudah menjangkit.
Di USA, berbanding Lambda, Varian Iota lebih dikhuatiri kerana ia antara punca utama jangkitan covid di New York pada awal tahun 2021.
Adakah Lambda lebih berbahaya berbanding Delta?
Buat masa sekarang, penyelidik tidak boleh memberikan kesimpulan yang pasti adakah Lambda lebih berbahaya berbanding Delta kerana penyelidik masih kekurangan data berkenaan dengan Lambda.
Lambda juga belum dikenalpasti sebagai punca outbreak di dalam komuniti tidak seperti Delta yang terbukti mudah menjangkit.
Namun, menurut WHO, berdasarkan kajian makmal, Lambda mempunyai mutasi yang dapat menentang antibodi yang dihasilkan oleh vaksin.
Jadi, kesimpulannya, varian Lambda ini masih belum diketahui adakah ia akan menjadi seperti Delta iaitu kebolehjangkitan yang tinggi. Namun, sama ada Alpha, Beta, Delta dan Lambda, kita perlu menjaga SOP dengan ketat dan amalkan pemakaian pelitup muka dan kerap mencuci tangan dan jauhi tempat tumpuan ramai. Kurangnkan pergerakan pastinya kurangnya risiko kita dijangkiti covid19.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram. Setiap modul di atas sudah terdapat sumber rujukan.
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.