Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0
Perkongsian kali ini melibatkan garis panduan yang mesti dihadam oleh pengurusan sekolah untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak sekolah pasca wabak dan semasa zaman Covid-19.
Antara garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0 adalah seperti
Pembukaan semula sekolah dalam PPN adalah tertakluk kepada ketetapan KPM berdasarkan penilaian risiko, nasihat dan pandangan KKM dan MKN.
Kehadiran murid ke sekolah adalah pada kadar 50% daripada enrolmen keseluruhan.
Kapasiti murid setiap kelas dihadkan kepada 50% daripada jumlah murid dalam kelas tersebut dan murid hadir secara penggiliran minggu.
Bagi Sekolah Kurang Murid (<150 murid), kehadiran murid adalah secara bersemuka tanpa penggiliran berdasarkan kumpulan yang hadir mengikut fasa PPN.
Sekolah hendaklah sentiasa bersedia dari semasa ke semasa untuk beroperasi mengikut Fasa yang ditetapkan oleh KPM.
Sekiranya berlaku perubahan fasa, pengoperasian sekolah dan kehadiran murid ke sekolah hendaklah mengikut ketetapan fasa baharu selepas 2 minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut berdasarkan surat makluman yang akan dikeluarkan oleh JPN.
Pihak sekolah perlu bersedia dengan pelan komunikasi kepada ibu bapa/penjaga dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.
Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid bagi membolehkan mereka merentas negeri atau daerah untuk hadir ke sekolah.
Pengurusan Murid, Guru dan Warga Sekolah Semasa Waktu Rehat
- 5.2.1 Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus.
- 5.2.2 Murid makan di dalam bilik PdP dengan seliaan guru pada waktu rehat.
- 5.2.3 Bagi bilik PdP yang berhawa dingin, murid perlu makan di ruang terbuka dengan seliaan guru.
- 5.2.4 Murid yang makan di dewan makan asrama pada waktu rehat dengan seliaan guru bertugas.
- 5.2.5 Guru makan di dalam bilik guru secara individu.
- 5.2.6 Warga sekolah makan di tempat yang ditetapkan.
Berikut merupakan garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada carian google, scribd dan telegram. Setiap modul di atas sudah terdapat sumber rujukan.
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.