Catch Up Plan Sains Tahun 4
Perkongsian kali ini berkenaan dengan tapak Catch Up Plan Sains Tahun 4
Bagi Penggal 3 ini, dilaksanakan bermula 2 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022. Catch up plan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Program Intervensi dan Program Pengayaan atau Khas Kecemerlangan.
Program Intervensi untuk murid yang tidak melepasi TP3 dan Program Pengayaan untuk murid yang melepasi TP3.
Rujuk carta alir di bawah
Objektif Catch Up Plan
- Meningkatkan penguasaan kandungan asas kurikulum tahun semasa secara optimun.
- Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa krisis
- Menyediakan bahan sokongan kurikulum bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
- Memastikan murid bersedia mengikuti tahun persekolahan 2022
Pelaksanaan Catch Up Plan
Mata pelajaran yang belum dapat melaksanakan 70%KAK sehingga 31 Ogos 2021 PdP/PdPR tetap diteruskan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan yang dicadangkan dalam catcu-up plan.
Pelaksanaan Strategi Catch Up Plan
Strategi yang dirancang
- Perancangan Strategi M2P (Mampatan, Pecutan dan Pengayaan)
- Pelaksanaan Student Enrichment Learning Framework (SELF)
Kaedah yang dicadangkan
- Pendekatan Bertema
- Pendekatan Modular
- Pembelajaran Berasaskan Projek
- Pembelajaran Terbeza
- Simulasi Amali
Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkesan
Berikut merupakan tapak Catch Up Plan Sains Tahun 4
CUP RPT Sains D4 [inculkate.my]
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.