PBD Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 2
Perkongsian kali ini merupakan koleksi PBD Akhir Tahun untuk Tahun 2 KSSR Semakan iaitu PBD Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 2.
Bahan dan modul ini boleh digunakan untuk pentaksiran bagi akhir tahun. Kongsikan.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.
pentaksiran yang lebih objektif bagi murid Tahap I hendaklah melihat kepada perkembangan murid secara lebih menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai mumi yang berbentuk rutin harian. Pentaksiran ini beriaku melalui pembelajaran yang menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan karakter murid. Kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) adalah kemahiran asas murid Tahap I yang perlu dibina dan diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.
Bagi mencapai hasrat tersebut, pentaksiran ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
i.bercerita;
ii.projek mudah;
iii.permainan;
iv.main peranan; dan
v.kuiz
Selain daripada aktiviti di dalam para 4, guru juga boleh menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti lain yang bersesuaian.
Berikut merupakan PBD Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 2
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.