Ramai murid berpakaian sendat ke sekolah
Memandangkan tempoh penutupan sekolah agak lama pada tahun 2021 ini disebabkan usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak covid 19, ramai murid yang cepat membesar menyebabkan pakaian yang dipakai di awal tahun 2021 ini sudah tidak muat lagi untuk digunakan pada sesi persekolahan yang baru dibuka.
Bagi peniaga, Ishak Mohd. Elah, 43, dia berasa berdebar dan risau menghantar anak ketiganya, Danish Daniel Ishak, 9, ke sekolah memandangkan penularan pandemik Covid-19 masih ada.
Namun, dia yakin pihak sekolah sudah bersedia dengan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak itu di kawasan sekolah.
“Anak memang bersemangat nak bersekolah, pagi tadi pun dia bangun awal sebab teruja ke sekolah. Sebelum ini pun dia banyak kali tanya bila dia boleh kembali ke sekolah.
“Cumanya, baju sekolah dia sendat kerana badan sudah naik sejak duduk di rumah sahaja disebabkan pandemik.
Walaupun begitu, pihak KPM membenarkan murid hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa.
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagaimanapun, pakaian tersebut perlulah sesuai, kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.
“Tiada baju (seragam), baju ketat atau lusuh boleh pakai pakaian biasa tetapi perlulah kemas, sopan dan sesuai.
“Kita faham situasi sesetengah ibu bapa sekarang yang menghadapi pelbagai kesukaran. Tak apa jika seragam dan tak muat pakailah pakaian biasa, tetapi ia mesti sopan, kemas dan sesuai,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
rujuk berita di Murid dibenarkan berpakaian biasa
rujuk berita murid berpakaian sendat di ramai murid berpakaian sendat
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.