Tapak RPH M2P Matematik Tahun 1 hingga 6
Perkongsian kali ini berkenaan dengan Tapak RPH M2P Matematik Tahun 1 hingga 6
Bagi Penggal 3 ini, dilaksanakan bermula 2 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022. Catch up plan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Program Intervensi dan Program Pengayaan atau Khas Kecemerlangan.
Program Intervensi untuk murid yang tidak melepasi TP3 dan Program Pengayaan untuk murid yang melepasi TP3.
Strategi Mampatan, Pecutan, dan Pengayaan (M2P) merupakan satu pilihan strategi yang boleh dipertimbangkan dan digunakan oleh guru untuk memastikan murid dapat menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang ditetapkan. Melalui Strategi M2P guru dapat memampatkan kandungan kurikulum dan seterusnya membuat pecutan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut kesesuaian, kebolehan dan keperluan murid.
Strategi M2P dilaksanakan melalui pedagogi terbeza di mana guru akan membuat mampatan kandungan mengikut keperluan keupayaan murid yang pelbagai. Keupayaan murid yang pelbagai akan dikenal pasti melalui praujian. Praujian boleh dilaksanakan di dalam pelbagai bentuk untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid terhadap kandungan yang akan dipelajari. Antara kaedah praujian mudah dan ringkas yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti kuiz, soalan pendek, soalan aneka pilihan, sesi soal jawab secara lisan, video, perbincangan ringkas, bercerita dan sebagainya. Berdasarkan praujian, murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap keupayaan mereka seperti berikut:
Kumpulan Kukuh I – Kumpulan murid yang belum menguasai kandungan kurikulum. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang menyokong dan membantu mereka untuk menguasai kandungan kurikulum yang ditetapkan.
Kumpulan Kukuh II – Kumpulan murid yang telah menguasai kandungan kurikulum. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang dapat memperkukuhkan tahap penguasaan sedia ada.
Kumpulan Pengayaan – Kumpulan murid yang telah menguasai sepenuhnya kandungan kurikulum melebihi rakan yang lain. Kumpulan ini akan menerima pendekatan PdP yang dapat mencabar pemikiran, menarik minat dan meningkatkan motivasi agar potensi dan keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
Berikut merupakan Tapak RPH M2P Matematik Tahun 1 hingga 6
Tapak RPH M2P Matematik Tahun 1
Tapak RPH M2P Matematik Tahun 2
Tapak RPH M2P Matematik Tahun 3
Tapak RPH M2P Matematik Tahun 4
Tapak RPH M2P Matematik Tahun 5
Tapak RPH M2P Matematik Tahun 6
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.