Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2022/23
Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan bahan persediaan untuk permulaan sesi persekolahan 2022/23 iaitu Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2022/23
Kami guru-guru Malaysia sedar bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang taat setia, yang bertanggungjawab, berakhlak mulia, berkebolehan yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi. Kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan masyarakat dapat membentuk anak mudanya memahami kebudayaan mereka memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mendapat kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang tinggi.
TATATERTIB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibubapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru
Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan menggalakkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
Sentiasa mengawasi diri kami daripada mencemarkan nama baik dan imej profesion perguruan. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pentadbir dari masa ke semasa dan ambil inisiatif untuk membaiki sesuatu keadaan atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat, adil, cekap dan saksama.
Berikut merupakan buku panduan tugasan guru dan staf 2022/23
Buku Panduan Tugasan Guru 2022/23
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Selamat merancang cikgu dan kongsikan kepada rakan guru anda.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.