Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Terengganu 1443H 2022
Perkongsian kali ini berkenaan dengan jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Terengganu 1443H 2022
Bulan Ramadhan adalah antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Islam dan bulan ini mempunyai kelebihan daripada bulan-bulan yang lain. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana diberi peluang pada tahun ini untuk bertemu lagi di bulan yang mulia ini. Sebagaimana yang kita maklum bahawa bulan Ramadhan adalah bulan ibadah.
Di bulan ini merupakan peluang untuk melipat gandakan lagi amal ibadah kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala sama ada amalan-amalan fardhu dan sunat. Maka amat beruntunglah orang-orang yang merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan amatlah rugi bagi mereka yang mensia-siakannya.
Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam, daripada Hurairah Radiallahu Anhu berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam akan dilipat gandakan dengan sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman yang tafsirnya: Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untukKu, Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu ketika dia berbuka dan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi. {Riwayat Imam Muslim}.
Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan waktu terbaik untuk kita mendidik diri kita ke arah kebaikan kerana pada bulan ini kita bukan sahaja diwajibkan untuk berpuasa dan mengawal hawa nafsu, bahkan kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Antara amalan-amalan sunat yang dianjurkan untuk dilakukan disepanjang bulan Ramadhan adalah:
Pertama: Bersahur. Ulamak sepakat mengatakan bahawa hukum makan sahur adalah sunat. Sahur bukan sahaja memberikan tenaga untuk kita berpuasa di siang hari malah ia juga mengandungi keberkatan. Bersahur merupakan perbuatan yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa penganut agama lain.
Kedua: Memperbanyakkan amalan sedekah, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sedikit adalah sangat digalakkan dalam Islam terutama sekali dalam bulan Ramadhan kerana dengan bersedekah dapat meringankan beban mana-mana anggota masyarakat yang berhajat dan memerlukan bantuan.
Ketiga: Sembahyang sunat Terawih secara berjemaah di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat kerana sesungguhnya barangsiapa yang menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan sembahyang sunat kerana iman dan mengharapkan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu
Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Teregganu 1443H 2022
Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Terengganu Tahun 2022 1443H-web
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.