Kertas Kerja Pertandingan Daie Cilik
Perkongsian kali ini berkenaan dengan kertas kerja pertandingan daie cilik.
Objektif pertandingan adalah
- 2.1 Mengaplikasikan teknik pengucapan awam dan syarahan di hadapan penonton.
- 2.2 Menaikkan motivasi dan keberanian murid dalam mendepani isu cabaran sebagai pendakwah di dalam realiti kehidupan sebenar.
- 2.3 Menanam rasa cintakan kepada dakwah menyebarkan kebaikan dalam apa jua cabaran.
Syarat penyertaan
- 3.1 Terbuka kepada semua murid Islam SK Kuala Baram II.
- 3.2 Penyertaan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Daie Cilik Lelaki dan Daie Cilik Perempuan.
- 3.3 Peserta perlu memilih SATU teks daie yang telah disediakan dengan gaya penyampaian menarik mengikut kreativiti sendiri.
- 3.4 Peserta hendaklah memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri seorang “Daie” (pendakwah) yang bersesuaian.
- 3.5 Peserta hendaklah merakam penyampaian di dalam video dan suara yang jelas serta penggunaan tatabahasa yang betul
- 3.6 Sebanyak 3 pemenang bagi setiap kategori akan dipilih berdasarkan penjurian hakim.
Semoga penganjuran pertandingan ini memberikan satu pengalaman berharga kepada murid Islam terutama dalam bidang pengucapan awam serta melatih diri mereka menjadi seorang yang berani. Secara tidak langsung, para pelajar akan lebih membina keyakinan diri apabila berada di hadapan penonton dan khalayak ramai supaya sifat keberanian dan kepimpinan mereka akan lebih terserlah. Diharapkan juga agar murid dapat tertarik minat mereka dalam bidang pengucapan awam dan mempunyai keinginan untuk menjadi pendakwah yang hebat di dalam kehidupan sebenar mereka serta di masa hadapan
Berikut merupakan kertas kerja
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.