Hari Kelepasan Am 2023
Berikut merupakan perkongsian Hari Kelepasan Am Peringkat Persekutuan untuk Tahun 2023.
Akta Hari Kelepasan Am 1951Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hari kelepasan am dan hari kelepasan bank; “Semenanjung Malaysia” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan; “hari kelepasan mingguan” ertinya hari Ahad atau, di Negeri-Negeri di mana hari Jumaat diterima sebagai hari kelepasan mingguan, hari Jumaat.
Beberapa hari yang disebut dalam Jadual Pertama hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, menjadi hari kelepasan am:
Dengan syarat bahawa, kecuali dan melainkan jika-
(a) Pihak Berkuasa Negeri dalam hal mana-mana Negeri; atau
(b) Menteri dalam hal Wilayah Persekutuan,
melalui pemberitahuan dalam Warta memperuntukkan selainnya, jika mana- mana hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari kelepasan mingguan dalam mana-mana negeri atau dalam Wilayah Persekutuan, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am dan jika hari berikut adalah sememangnya hari kelepasan am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
Pengecualian daripada hari kelepasan am
4. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengecualikan keseluruhan atau sebahagiannya daripada kuatkuasa Akta ini mana-mana pejabat awam atau mana-mana jabatannya dan pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja pejabat atau jabatan tersebut, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturan-peraturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan pejabat awam atau jabatan tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan pada mana-mana hari kelepasan am seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am menurut kuasa Akta ini.
Hari Kelepasan Am Persekutuan
Hari Kelepasan Am mengikut negeri
Berikut merupakan fail Hari Kelepasan Am 2023
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]