Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM
Perkongsian kali ini berkenaan dengan Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM
MOBIM adalah akronim kepada Modul Bimbingan yang dihasikan bertujuan untuk membantu guru memantapkan pelaksanaan KSSR Semakan 2017.
Objektif MOBIM ialah
- membantu guru melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada
- membantu guru memahami kurikulum dan menterjemah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dengan lebih berkesan.
- Menyokong pelaksanaan kurikulum dengan pelbagai strategi termasuk elemen pembelajaran menyeronokkan
- Memudahkan guru merancang PdP yang lebih berstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai.
Modul Bimbingan (MOBIM) Bahasa Melayu Tahun 1 menekankan pembelajaran bermakna melalui strategi dan pendekatan PdP dengan menggunakan bahan maujud, bergambar dan abstrak dalam pembelajaran Bahasa Melayu. MOBIM Bahasa Melayu Tahun 1 juga menekankan pembelajaran secara kontekstual, kolaboratif dan penyelesaian masalah secara ansur maju, ke arah penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran abad ke-21. Selain itu, modul ini juga menggunakan pendekatan pengajaran dengan bahan maujud, bergambar dan abstrak serta menerapkan model VAK dalam gaya pembelajaran yang melibatkantiga gaya pembelajaran, iaitu visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.
Modul ini dibangunkan bagi membantu guru untuk:
- Melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada;
- Memahami kurikulum dan menterjemahkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan lebih berkesan; dan,
- Menstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai.
Aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini berdasarkan penggunaan bahan maujud dan bahan bergambar bagi membantu pemahaman serta penguasaan sesuatu konsep Bahasa Melayu, sebelum memperkenalkan ayat. Cadangan aktiviti ini adalah fleksibel dan boleh diadaptasi oleh guru agar bersesuaian dengan keupayaan murid, kemudahan fasiliti dan kesediaan bahan bantu mengajar di sekolah masing-masing. Guru juga boleh menambah baik aktiviti berdasarkan kreativiti dan daya inovasi guru.
Berikut merupakan MOBIM Tahun 1
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu join channel whatsap sumberpendidikan di Link Channel Whatsapp
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.