Fail Rekod Persediaan Mengajar 2024 Versi hitam putih
Perkongsian ini melibatkan divider dan fail rekod pembelajaran dan pemudahcaraan bagi kegunaan tahun sesi 2024 2025
Boleh diletakkan sama ada di dalam fail ataupun buku. Erph juga boleh diletakkan dalam google drive masing masing.
Bahan yang penting juga kepada guru adalah penyediaan buku ataupun fail rekod pengajaran harian atau fail rekod persediaan mengajar. Rekod ini perlu disimpan oleh pihak sekolah selama sekurang kurangnya 3 tahun.
Bagi pentadbiran pihak sekolah, masih banyak sekolah yang tidak membenarkan para guru untuk menggunakan fail untuk menyimpan rekod pengajaran harian. Jika adapun guru bertaip komputer dalam menyediakan rph, rph tersebut perlu dicetak dan digunting kemudian ditampal ke dalam buku rph. Sepatutnya pihak sekolah perlu menimbangkan cara untuk menyenangkan, memudahkan dan membantu guru dalam menyediakan dan membua kerja atau tugasan dengan lebih kemas.
Sekarang dengan perkembangan teknologi maklumat di mana terdapat JPN yang telah menggunakan sistem e-rph, namun masih ada sekolah yang menetapkan guru perlu menggunakan buku lagi. Kesian betul dengan para guru.
Bagi pentadbiran yang belum pasti, di bawah ini disediakan pekeliling berkenaan penyediaan rekod pengajaran harian. Tidak salah guru menggunakan fail memandangkan dalam pekeliling ini ada menyebut bahawa guru boleh menyediakan rekod RPH berdasarkan teknologi semasa.
Pada tahun 2022 ini, antara negeri yang bakal merintis penggunaan erph adalah sekolah di JPN Terengganu. Bagi pentadbiran yang membenarkan guru menggunakan fail untuk menyimpan rekod RPH, bahan yang terpenting bagi guru adalah maklumat maklumat ataupun divider pembahagi yang perlu diletakkan dalam fail rph tersebut.
Terdapat pelbagai maklumat penting yang perlu diletakkan dalam fail tersebut seperti maklumat guru, jadual waktu mengajar, catatan, falsafah pendidikan kebangsaan, standard 4 pdpc, dskp, pekeliling berkaitan dan pelbagai lagi.
Berikut merupakan contoh Koleksi Bahan Divider Fail Rekod Pembelajaran dan Pemudahcaraan 2024 yang boleh diguna pakai oleh guru. Jutaan terima kasih kepada guru yang sudi berkongsi.
Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2024
Selamat merancang cikgu dan kongsikan kepada rakan guru anda.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Join Group Facebook rasmi Sumber Pendidikan .com di FB Rasmi
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.