RPT 2024 Pendidikan Jasmani Tahun 6
Perkongsian kali ini melibatkan bahan persediaan awal tahun bagi guru iaitu RPT 2024 Pendidikan Jasmani Tahun 6
Pada setiap awal persekolahan ataupun hujung tahun, antara bahan persediaan utama yang akan disediakan oleh guru adalah Rancangan Pengajaran Tahunan ataupun lebih dikenali sebagai RPT.
Rancangan pengajaran ini telah disediakan dan dirangka bagi membolehkan semua kandungan pembelajaran dapat disampaikan kepada murid sepanjang tahun.
Untuk 2024 2025, sesi persekolahan bagi sekolah rendah dan menengah bermula bulan Mac 2024.
Setiap mata pelajaran perlu ada rpt nya tersendiri dan disimpan oleh para guru. RPT tersebut juga perlu ada cop penolong kanan pentadbiran atau guru besar sendiri bagi menandakan bahawa rpt tersebut telah disemak oleh pentadbir.
Rancangan pengajaran ini telah dihasilkan dan dikongsi serta disumbangkan oleh rakan guru di seluruh Malaysia. Moga jasa dan amal mereka menjadi satu amal jariah dan pahala berterusan kepada mereka. In sha Allah.
Rancangan Pengajaran Tahunan adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula dimana ia berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh setiap guru.
- Sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
- Guru dapat merancang masa secara rapi agar proses penyampaian keseluruhan tajuk dalam sukatan pelajaran berjalan dengan lancar selaras dengan takwim sekolah
- Guru dapat merancang pembahagian DSKP sepanjang tahun
- Guru dapat memilih jenis-jenis bahan bantu mengajar (bbm) mengikut kesesuaian sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam objektif pdpc.
- Dan 2024 ini merupakan tahun kedua dimana KSSR Semakan digunakan sepenuhnya
KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
Kepentingan Rancangan Tahunan ialah ia membolehkan guru merancang danbersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur dalam tempoh jangkamasa yang panjang iaitu dua semester yang bersamaan dua tahun. Semua guru perlumerancang pengajaran masing%masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran,meningkatkan pencapaian pelajar , di samping mengurangkan masalah%masalah dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar yang juga dikenali sebagaiRancangan Pengajaran Tahunan yang lengkap perlu dirancang dan disediakan.
Di bawah ini merupakan RPT 2024 Pendidikan Jasmani Tahun 6
RPT Pendidikan Jasmani Tahun 6 KSSR Semakan
Selamat merancang cikgu !!! Terima kasih kepada yang sudi berkongsi.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Join Group Facebook rasmi Sumber Pendidikan .com di FB Rasmi
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.