Himpunan DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2024/25
Perkongsian kali ini berkenaan dengan Himpunan DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2024/25. DSKP iaitu dokumen standard kurikulum dan pentaksiran merupakan salah satu bahan utama yang perlu disediakan oleh para guru menjelang bermulanya sesi persekolahan di awal setiap tahun.
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, dan pembelajaran secara konstruktivisme.
Terdapat beberapa perkara iaitu 3 kandungan standard utama dalam dskp ini iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi.
Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalma suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard prestasi pula merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
Tahap penguasaan pula ialah kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan. DSKP dan HSP Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2019
Berikut merupakan dokumen standard kurikulum dan prestasi dskp bagi tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, dan tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang menggunakan KSSM.
Koleksi DSKP Tingkatan 2 KSSM 2018
Koleksi DSKP KSSM Mata Pelajaran Vokasional MPV Tingkatan 4 dan 5
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Selamat merancang cikgu !!! Terima kasih kepada yang sudi berkongsi.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Join Group Facebook rasmi Sumber Pendidikan .com di FB Rasmi
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.