Contoh perancangan strategik kurikulum
Setiap sekolah perlu mempunyai perancangan strategik yang tersendiri. Kenapa perlunya pelan ini adalah kerana pihak sekolah perlu mempunyai satu kerangka proses kerja yang tersusun dan sistematik untuk menterjemahkan misi, visi dan strategi kepada aktiviti-aktiviti kerja harian. Menghubungkan antara matlamat strategik dengan petunjuk-petunjuk prestasi utama (Keys performance indicators) bagi mengawal prestasi organisasi.
Meningkatkan keupayaan pemimpin untuk mengukur, mengawal strategi secara berkesan bagi mencapai misi dan visi organisasi. Meningkatkan kecekapan & keberkesanan dalam pengurusan masa, tenaga dan kos. Membina satu kerangka kerja apa yang patut dilakukan untuk menentukan halatuju masa depan organisasi.
Menyediakan kerangka untuk meningkatkan keupayaan dalam persaingan dan peningkatan prestasi. Menyediakan ruang untuk semua ahli organisasi terlibat dan bertangggungjawab sama dalam mencapai matlamat organisasi. Mengimbangkan organisasi dengan perkembangan persekitaran
Unit beruniform adalah sub unit dalam kegiatan Ko-kurikulum di antara setiap sekolah kebangsaan. Oleh yang demikian, pihak pelaksana khususnya guru-guru perlu merancang sesuatu bagi menarik minat dan tumpuan murid terhadap unit beruniform yang akan dilaksanakan di sekolah ini.
Antara yang berikut adalah matlamat-matlamat yang ingin dicapai bagi penghasilan pelan strategik unit beruniform ini adalah; Memupuk minat murid terhadap aktiviti dan kegiatan yang melibatkan diri dalam akiviti beruniform. Meningkatkan tahap penguasaan murid secara maksimum dalam kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti beruniform seperti asas perkhemahan, pertolongan cemas, gajet dan sebagainya.
Menambahkan kemahiran murid dalam setiap tajuk atau aktiviti yang diikuti dalan badan beruniform.
Menanam kemahiran dan kreativiti yang tinggi dalam bidang unit beruniform di kalangan murid.
Memberi pengetahuan kepada murid mengenai asas perkhemahan dan asas lain dalam unit beruniform.
Antara matlamat lain pelan strategik kokurikulum adalah seperti meningkatkan pencapaian markah keseluruhan kokurikulum., meningkatkan pencapaian Sukan dan Permainan, meningkatkan pencapaian Ko Akademik, meningkatkan pencapaian setiap Badan Beruniform dan meningkatkan skor PAJSK.
Berikut merupakan contoh perancangan strategik bagi kurikulum
CONTOH PERANCANGAN-STRATEGIK-KURIKULUM-PPKI-
contoh 2 pelan strategik kurikulum
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Kepada ibu bapa dan guru yang mencari pelbagai bahan berkaitan pendidikan seperti RPT 2026, RPH 2026, kertas kerja, modul, soalan ujian pertengahan, soalan ujian UASA, UPKK, KAFA, SPM, bahan berkaitan pentaksiran dan apa2 lagi boleh join group di bawah.
- Himpunan pelbagai bahan pentaksiran dalam Pendidikan seperti UASA SK SMK, UPKK Kafa, PKSK, SPM, SRA, PPKi, Pra dan pelbagai lagi di https://t.me/BahanPentaksiranPendidikan
- whatsapp channel – https://whatsapp.com/channel/0029Va4X9fG0wajwFc7DY10y
- Telegram – https://telegram.me/sumberpendidikan
- RPT RPH KSSR – https://telegram.me/RPTRPHKSSR
- RPT RPH KSSM – https://telegram.me/RPTRPHKSSM
- Modul Mengikut subjek – https://telegram.me/sekolahrendahUasaUpsaRphModul
- Bahan Matematik – https://telegram.me/gurumatematikkssr
- Bahan Pend Islam dan Arab – https://telegram.me/gurupendidikanislamsk
- Bahan Bahasa Inggeris SK – https://telegram.me/guruinggerisSR
- Bahan Sains SK – https://telegram.me/gurusainskssr
- Bahan Bahasa Melayu SK – https://telegram.me/bahasamelayukssr
Join group di atas untuk memudahkan mencari bahan berkaitan.


