Permohonan ke Institut Pendidikan Guru 2018 bagi lepasan SPM yang berminat menjadi guru
Makluman berkenaan dengan calon lepasan SPM 2017 yang berminat untuk memohon dan memasuki Institut Pendidikan Guru pada tahun 2018 ini untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pergurusan PISMP di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut merupakan hebahan dan maklumat yang diberikan berkenaan tatacara memohon untuk memasuk IPG bagi sesi 2018 ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018.
- Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Untuk pengetahun semua, mereka yang layak perlu menduduki UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru.
Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :
i. Sesi Ujian Bertulis.
a. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
a. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
b. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani
Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
c. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum
ujian dilaksanakan. iii. Sesi Ujian Amali. (Dilaksanakan Semasa Temu duga)
a. Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Permohonan ke institut pendidikan guru dibuka bermula pada 13 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018. Layari https://pismp.moe.gov.my untuk permohonan dan keterangan lanjut.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Nurulwahida binti sahimi
Sampai bila2 pun harus. Penuh kan ilmu Di Dada
Eunice tai
I only have 3b and 4c is it possible to become teacher
admin
yess…entering IPG is not the only way you can be a teacher..choose education course in other university like upsi…
Intan Nursyamimi
ingin mmbuat permohonan perguruan SPM 2017
admin
rujuk pada link yang disediakan
VAANMATHI A/P M DEVARAJAN
I’ve intrest to be a teacher
Khadryna
I got 2A for maths and science , can I apply IPG ?
admin
minimun 5A untuk kmasukan ke IPG