Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Mesyuarat merupakan satu prosedur pentadbiran yang wajib dilakukan oleh setiap pengurusan sekolah. Selain itu, bermula tahun 2018, pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 2017 akan diaudit melalui skpmg2 oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Terdapat beberapa sebab dan alasan kenapa mesyuarat dan minit mesyuarat harus diurus dengan baik. Tujuannya adalah untuk memastikan segala keperluan mesyuarat disediakan selengkapnya dan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar, memastikan ahli-ahli yang dijemput hadir mendapat maklumat lengkap mengenai mesyuarat dan bersedia menyumbang idea, memastikan mesyuarat berfokus dan ahli-ahli yang hadir dapat berbincang secara produktif untuk membuat keputusan-keputusan penting dan memastikan segala keputusan dapat diedarkan kepada semua pihak terlibat, sama ada yang hadir atau tidak dengan segera untuk diambil tindakan.
Selain itu, pengurusan mesyuarat yang baik juga akan membolehkan pemantauan perkembangan sesuatu projek atau kerja yang diarahkan, sama ada telah dilaksanakan atau sebaliknya, menyediakan rekod sejarah yang sah dan tetap untuk rujukan pada masa hadapan, menyediakan rekod mengenai keputusan-keputusan dasar yang telah diputuskan, dan menjadi bukti untuk tujuan pengauditan dan mahkamah.
Berikut antara contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah.
Pengerusi mengucapkan kata-kata aluan dan menyelitkan serba sedikit informasi mengenai kemahiran berfikir aras tinggi, kelas abad ke-21 di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga, ingatan mengenai ‘Dialog Pretasi’ yang bakal diadakan di sekolah turut disentuh. Pengerusi juga memaklumkan bahawa sebanyak 29 waran penjawatan guru telah diluluskan.
Perutusan diteruskan lagi dengan mengigatkan para guru mengenai persiapan yang seharusnya dilakukan oleh para guru sebelum dan semasa sesi persekolahan diadakan.Guru kelas hendaklah memastikan setiap murid mempunyai kerusi, meja dan satu set lengkap buku teks di samping setiap kelas hendaklah bersifat kondusif bagi memastikan murid selesa untuk proses pembelajaran. Arahan Tetap Guru Besar dilampirkan bersama buku catatan mesyuarat dan perlu dipatuhi sepanjang menjadi warga sekolah.
Berikut merupakan contoh koleksi minit mesyuarat pengurusan sekolah.
Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Semoga bermanfaat kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]