Ujian Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3
Peperiksaan merupakan satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Peringkat rendah UPSR diadakan manakala di peringkat menengah PT3 dan SPM dilaksanakan.
ujuan peperiksaan adalah menguji cara pelajar menampilkan bakat dan menggunakan ilmu serta kebolehan mereka yang diperolehi. Selain itu, peperiksaan bukan sekadar mempertikaikan kebolehan pelajar malah menguji minda pelajar supaya sentiasa cergas berfikir.
Ia mengajar pelajar untuk sentiasa berhati-hati ketika menjawab soalan. Justeru, keputusan peperiksaan bergantung pada diri pelajar. Jika seseorang pelajar itu belajar tanpa perhatian yang cukup dan malas, ternyata pelajar ini akan mendapat keputusan gagal.
Peperiksaan merupakan batu loncatan yang terpenting kepada pelajar kerana peperiksaan memberi pelajar satu pentas yang membolehkan mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka secara baik. Pelajar tidak wajar merugikan peluang keemasan ini dan menggunakannya dengan baik sekali. Hal ini dapat mengharumkan nama negara dan nama mereka sendiri.
Kebaikan peperiksaan yang dikupas adalah peperiksaan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh. Keburukannya pula adalah peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana terlalu sibuk belajar sahaja.
Antara contoh soalan dalam kertas peperiksaan ini adalah
Za’ba terkenal sebagai pejuang bahasa. Beliau banyak menyumbangkan jasa dalam bidang bahasa dan pendidkan. Banyak buku dalam bidang tersebut telah dihasilkannya.
Nama penuh Za’ba ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895. Beliau ialan anak jati Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Za’ba sangat gigih mencari ilmu. Beliau menghadapi pelbagai cabaran. Ketika itu bahan bacaan teramat sukar diperolehi. Namun beliau tidak pernah berputus asa. Beliau belajar pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Belanda dan Arab. Beliau juga mahir dalam bahasa-bahasa tersebut.
Di manakah Za’ba dilahirkan? Apakah bidang sumbangan yang telah diberikan oleh Za’ba kepada kita?
Berikut merupakan ujian pertengahan tahun bahasa melayu pemahaman tahun 3
UPT Bahasa Melayu Pemahaman Obj
UPT Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3 Set 2
UPT Bahasa Melayu Tahun 3 Set 3
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]