Teks Perutusan Hari Guru 2018 “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”
Rabu 16 Mei 2018 merupakan tarikh yang diisytiharkan sebagai hari guru. Bagi tahun ini. Hari Guru 2018 jatuh pada sehari sebelum umat islam mula berpuasa di bulan ramadhan.
Berikut merupakan antara isi dan kandungan teks perutusan Hari Guru 2018 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul untuk menyambut Hari Guru 2018 yang bertemakan “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik tidak kira walau di mana sahaja anda bertugas di seluruh pelosok negara. Terima Kasih Cikgu!
TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2018
Tema Sambutan Hari Guru tahun ini membuktikan bahawa dalam menjayakan Transformasi Pendidikan Negara dan menyahut cabaran
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru merupakan agen utama dalam memperteguh transformasi pendidikan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Guru memainkan peranan penting bagi memastikan agenda transformasi negara tercapai dengan pantas dan berkesan melalui keberhasilan modal insan yang bersedia mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).
Tema Hari Guru 2018, iaitu ‘Guru Pemacu TransformasiPendidikan’ telah dilancarkan pada 23 Mac 2018. Tema ini bertepatan dengan peranan guru sebagai agen yang mampu membawa perubahan dalam dunia pendidikan kepada pembaharuan yang lebih cemerlang. Tema ini membawa erti besar yang bermaksud guru berada di barisan hadapan bagi menjayakan pelan transformasi pendidikan negara. Maka, sewajarnya guru berperanan sebagai pemacu transformasi yang berganding bahu dengan ibu bapa dan komuniti bagi menggerakkan program pendidikan yang bermatlamat untuk meningkatkan keberhasilan murid.
Konsep Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 ini menumpukan kepada usaha menggerakkan gelombang guru di seluruh pelosok negara untuk bersama-sama Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Perayaan ini merupakan platform untuk lebih merapatkan perpaduan barisan para guru seluruh negara dalam mendokong aspirasi nasional menerusi bidang pendidikan.
Sesungguhnya di sanubari setiap guru sentiasa tersemat satu iltizam perubahan untuk melahirkan insan yang cemerlang. Akal budi murid terus dibangunkan dan diperkukuh, rohani murid dibimbing dan diperteguh, emosi murid dibelai dan disentuh, sahsiah murid dipimpin dan diasuh, jasmani murid dicergaskan dan disegarkan, hinggalah seluruh potensi murid disuburkan dan dimajukan. Syabas semua guru! Peranan guru sebagai pemacu transformasi pendidikan negara amat bertepatan bahkan terus disanjung, dijulang dan berkekalan selamanya.
Berikut merupakan teks ucapan perutusan Hari Guru 2018 yang boleh diambil oleh guru untuk dibaca sewaktu Hari Guru nanti.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]