Teknik mudah menulis karangan model susuk
UPSR semakin hampir. Bermula tahun 2016, format UPSR teah bertukar di mana lebih ke arah soalan berbentuk subjektif dan soalan pada aras tinggi atau lebih dikenali dengan kemahiran berfikir aras tinggi.
Sebelum peperiksaan tiba, guru pasti telah habis mengajar setiap topik atau bab yang perlu kita pelajari. Ulangkaji semula bab-bab yang dirasakan susah atau bab yang telah ditarget. Namun, langkah selamat adalah dengan belajar semua bab dengan cara belajar yang dirasakan boleh membantu ketika hari peperiksaan.
Pelajar yang akan menduduki peperiksaan sewajarnya membuat persediaan yang terancang dan awal. Persediaan peperiksaan meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini sangat penting kepada semua pelajar. Sekiranya kita melihat kepada aspek jasmani, sudah tentu tahap kesihatan kecergasan wajar di titik berat. Bak kata pepatah badan cergas minda cerdas.
Kismis, kurma atau susu misal sangat membantu dalam proses pembelajaran. Inilah yang di amalkan oleh mereka yang sudah berjaya. Namun begitu sekiranya kita melihat dari sudut emosi pula ia sangat penting sebelum tiba hari peperiksaan. Emosi yang tidak stabil sebenarnya boleh mengganggu fokus seseorang.
Jadi seseorang yang akan menghadapi peperiksaan sebaiknya tidak wajar diganggu menjelang peperiksaan hingga tamat. Mereka wajar diberi ruang untuk bersama dengan buku-buku dan nota mereka. Ada kala mereka perlukan masa untuk menghafal, mengingat dan membuat nota ringkas sebelum hari peperiksaan.
Berikut merupakan beberapa kandungan di dalam bahan teknik mudah menulis karangan ini berdasarkan model susuk.
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Saban hari, kita akan memperkatakan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Apakah yang menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah ini terus menular seperti cendawan tumbuh selepas hujan?
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Saban hari, kita akan memperkatakan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana, kita dapat melihat gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Apakah yang menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah ini terus menular seperti cendawan tumbuh selepas hujan?
Berikut merupakan bahan teknik mudah menulis karangan.
Teknik mudah menulis bm karangan
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]