Semakan tawaran kemasukan ke IPG di bawah program PISMP
Saban tahun, syarat dan kemasukan ke IPG ini semakin bertambah ketat dan sukar kerana terlalu banyak persaingan dan permohonan yang dilakukan oleh murid lepasan SPM.
Antara faktor yang menarik ramai pemohon yang sering “disebut-sebut” oleh masyarakat luar adalah kerana kerjaya guru adalah mulia, kerja terjamin kerana lepas habis belajar terus posting ( tak tahulah betul ke tak), elaun, belajar percuma dan pelbagai lagi kelebihan yang diperolehi oleh guru pelatih.Ada juga yang pernah mengatakan bahawa IPG ini senang nak lulus, kerana siapa-siapa sahaja yang dapat masuk IPG, pasti lulus.
Untuk sesi 2018 ini, tarikh untuk menyemak kelulusan untuk memasuki IPG Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah pada 13 Jun 2018 nanti di pautan seperti di bawah. Semakan tawaran kemasukan ke IPG
Semakan Tawaran ke IPG di bawah PISMP
Pastinya ramai orang yang sudah melalui proses temuduga ini berdebar-debar menantikan keputusan tawaran kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Progra Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan. Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru adalah pada 26 Jun 2018. Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]