Nota Kesusasteraan Melayu STPM Nota Ringkas
Pengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga penggal (satu setengah tahun). Peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung penggal ketiga manakala peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung penggal.
Jumlah waktu P&P dalam peperiksaan STPM yang baharu tidak berubah, iaitu kekal sebanyak 240 jam, bersamaan dengan 360 waktu, iaitu 40 minit per waktu. Penggal pengajian adalah mengikut penggal persekolahan yang sedia ada
STPM baharu juga merupakan sijil terbuka. Calon boleh memilih mana-mana mata pelajaran, tertakluk kepada sekatan mata pelajaran tertentu. Bilangan maksimum mata pelajaran yang boleh diambil ialah lima, termasuk Pengajian Am. Untuk tujuan kemasukan ke IPTA, keputusan yang terbaik bagi empat mata pelajaran akan diambil kira termasuk Pengajian Am.
Kesusasteraan melayu lebih berfokuskan kepada pelajar untuk mempelajari dan mengkaji karya sastera melayu. Kesusasteraan Melayu 922/1 membawa maksud untuk kertas tradisional, 922/2 pulak untuk kertas moden. Kini namanyapun sudah baharu iaitu Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK). Kod kertas juga berubah…922/1 untuk penggal 1, 922/2 untuk penggal 2, tambahan kod yang baru 922/3 untuk penggal 3 dan 922/4 untuk tugasan PBS yang akan dilaksanakan oleh pelajar dalam penggal 2 dan 3.
Penggal 1: Penghayatan Karya, merupakan gabungan kertas tradisional dan moden..dalam kata lain..macam sukatan lama, tetapi menggunakan buku teks yang baru… Permata Sastera Melayu menggantikan MSMM dan MSMT. Penggal ini..saya rasa bukan kejutan bagi kita guru-guru sastera…masih yang lama.
Penggal 2. Teks yang dikaji masih kekal iaitu Sulalatus Salatin dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Diwajibkan pelajar membaca kedua-dua teks tersebut. Sukatan penggal 2: Sastera dan Pembangunan terbahagi kepada tiga tajuk besar iaitu Pembangunan Insan, Pembangunan Masyarakat dan Pembangunan Negara.
Penggal 3. terdapat Tiga tajuk besar iaitu Penulisan Kreatif, Pengurusan dan Multimedia Dalam Sastera. Tajuk 1 ialah guru akan membantu pelajar menghasilkan karya kreatif dan menyunting karya. Tajuk 2 pula guru akan membantu pelajar menguasai prinsip pengurusan dalam organisasi sastera dan ilmu pengurusan dalam karya. Tajuk 3 guru akan membantu pelajar menguasai dan mengaplikasikan elemen multimedia dalam teks sastera terpilih.
Berikut merupakan nota kesusasteraan melayu STPM.
Nota Kesusasteraan Melayu STPM
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]