Nota Pengajian Perniagaan STPM Penggal 1
Pengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga penggal (satu setengah tahun). Peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung penggal ketiga manakala peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung penggal.
Jumlah waktu P&P dalam peperiksaan STPM yang baharu tidak berubah, iaitu kekal sebanyak 240 jam, bersamaan dengan 360 waktu, iaitu 40 minit per waktu. Penggal pengajian adalah mengikut penggal persekolahan yang sedia ada
STPM baharu juga merupakan sijil terbuka. Calon boleh memilih mana-mana mata pelajaran, tertakluk kepada sekatan mata pelajaran tertentu. Bilangan maksimum mata pelajaran yang boleh diambil ialah lima, termasuk Pengajian Am. Untuk tujuan kemasukan ke IPTA, keputusan yang terbaik bagi empat mata pelajaran akan diambil kira termasuk Pengajian Am.
Terdapat beberapa pelajaran yang dipelajari oleh pelajar dalam mata pelajaran pengajian perniagaan. Perniagaan perlu menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Perniagaan perlu mengagihkan dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada masa yang diperlukan.
Perniagaan perlu menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh pengguna. Perniagaan perlu memastikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa cukup untuk menampung keperluan pengguna.
Perniagaan perlu memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan perkhidmatan kepada pengguna adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna. Perniagaan perlu menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna boleh membuat pilihan yang bijak.
Berikut merupakan nota pengajian perniagaan stpm penggal 1
Nota pengajian perniagaan stpm penggal 1 bab 1
pengajian perniaggan stpm penggal 1 (nota)
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]