Teknik menjawab Sains Kertas 2 UPSR Format Baharu
Bermula 2016, Kertas peperiksaan Sains UPSR mempunyai 2 kertas iaitu kertas 1 dan kertas 2. Kertas 1 merupakan soalan beraneka pilihan yang mempunyai 40 soalan objektif. Kertas 2 pula merupakan soalan subjektif yang membawa 40 markah.
Kertas 2 pula bukan lagi seperti UPSR dahulu di mana kebanyakan soalan bahagian B dahulu kebanyakannya dalan soalan berasaskan kemahiran proses sains seperti mengenalpasti pembolehubah, membuat hubungkait kesimpulan dan pelbagai lagi. Kertas 2 sekarang lebih terbuka dengan pelbagai soalan sains yang menguji pemikiran sains murid terutamanya soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi.
Di dalam kertas 2 sains upsr juga, terdapat soalan yang akan meminta murid membuat lakaran berlabel, jadual, graf dan pelbagai lagi bentuk komunikasi bukan lisan. Mahupun begitu, soalan berbentuk kemahiran proses sains masih diuji di dalam kertas ini dan kebiasaanya pada soalan nombor 7 dan soalan nombor 8.
Perkongsian kali ini melibatkan teknik menjawab soalan sains kertas 2 upsr format baharu bagi soalan berbentuk kemahiran proses sains. Antara contoh tips kertas 2 Sains UPSR ini adalah
Kesimpulan (pernyataan sebenar tentang hubungan antara pembolehubah manipulasi dan bergerak balas setelah dibuktikan benar melalui penyiasatan dan eksperimen yang telah dijalankan). Jawapan kesimpulan secara umum/khusus. Menyatakan jawapan secara umum/khhusus bagi suatu penyiasatan berdasarkan inferens/sebab yang mempengaruhi/memberi kesan kpd penyiasatan tersebut.
Hipotesis/Hubungan (Menyatakan hubungan yang mungkin antara pembolehubah manipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas sebelum dibuktikan benar melalui penyiasatan/ eksperimen. Semakin…bertambah/berkurang.. PUM Semakin ..bertambah/berkurang.. PUB Kenalpasti maklumat/pembolehubah yg terlibat PUM dan PUB serta corak/pola PUM dan PUB berkenaan
Berikut merupakan bahan bahan berkaitan dengan Teknik menjawab sains kertas 2 UPSR.
Teknik Menajawab Sains UPSR Kertas 2
Teknikmenjawab Sains UPSR Kertas 2
Semoga bermanfaat kepada semua.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]