Koleksi Soalan KBAT Buku Teks Sains KSSR
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
Dalam mata pelajaran Sains UPSR, soalan KBAT merupakan soalan yang sangat popular dan sering ditanya di dalam peperiksaan. Disebabkan itu lah, dalam pdpc, guru perlu menitikberatkan penyoalan KBAT dan menggalakkan murid berfikir di luar kotak pemikiran terhadap sesuatu perkara. Berikut merupakan contoh soalan KBAT.
Ais yang dikisar untuk dijadikan air batu campur wujud dalam dua keadaan. Apakah keadaan jirim tersebut ? Bagaimanakah caranya para peniaga mengekalkan keadaan ais ketika cuaca panas. EL Nino menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air. Mengapakah keadaan ini berlaku ? Bagaimanakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan bagi menghadapi masalah ini
Bintang tidak berkelip-kelip jika kita melihatnya dari angkasa lepas. Tetapi bintang-bintang akan berkelipan jika kita melihatnya dari bumi. Mengapa?
Berikut merupakan koleksi soalan KBAT Buku Teks Sains UPSR daripada buku teks KSSR. Kongsikan
Koleksi Soalan Sains KBAT UPSR daripada buku teks KSSR
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]