Soalan Percubaan PT3 Matematik Kelantan 2016
PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama penilaian ini akan dapat mengenal pasti lebih awal bakat dan kebolehan pelajar dari aspek kepimpinan, keupayaan fizikal dan keunggulan sahsiah.
Antara contoh soalan adalah seperti
Marissa menerima wang saku dari ibunya sebanyak RM35 seminggu. Dia hanya membelanjakan 25% daripada wang sakunya pada setiap minggu dan bakinya disimpan di dalam tabung. Marissa berhajat ingin membeli sebuah telefon bimbit yang berharga RM250. Adakah wang simpanan Marissa eukup untuk membeli telefon bimbit tersebut selepas dia menyimpan selama 8 minggu?
Rajah 9 (e) menunjukkan suatu bulatan dalam aeara lempar eakera. Seorang atlet berdiri di titik P semasa dia melempar eakera. CD ialah lengkok bulatan berpusat 0 dan berjejari 4 m. Perentas PA dan PB adalah sama panjang. Kira panjang lengkok CD.
Berikut merupakan Soalan Percubaan PT3 Matematik Kelantan 2016
Trial pt3 matematik kelantan 2016
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com