Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 1 KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif.
Antara contoh soalan yang terdapat pada kertas peperiksaan ini adalah seperti
Mei Ling buys 9 boxes of pens. Each box contains 52 pens. She devides the pen equally among 36 students. How many pens does each student receive? Mei Ling membeli 9 kotak pen. Setiap kotak mengandungi 52 batang pen. Dia membahagikan pen itu sama rata kepada 36 orang pelajar. Berapakah bilangan pen yang diterima oleh setiap pelajar?
Halim bought 45 pens for RM36. If he sold all the pens for RM1.20 each, calculate the percentage profit he obtained. Halim membeli 45 batang pen dengan harga RM36. Jika setiap batang pen dijual dengan harha RM1.20, kira peratusan keuntungan yang diperolehi olehnya.
En Rahim wants to carpet his office from wall to wall. The size of the floor is 19 m X 10 m. The carpet costs RM11 per square metre. Find the total cost of carpeting the office.
Berikut merupakan contoh koleksi soalan bagi Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 1 KSSM
Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 1 KSSM
Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 1 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]