Terkejut juga kita ya baca akhbar tup tup Bank Negara Malaysia mengumumkan penurunan kadar faedah daripada 3.25% kepada 3.00%. Penurunan ini merupakan penurunan yang pertama kali sejak tahun 2009.
Ermm…kalau dirujuk dalam internet, penurunan faedah biasanya dibuat ketika ekonomi sesuatu negara berada dalam keadaan lembap/bermasalah. Jadinya, ekonomi negara kita lembap ke ni??
Abaikan persoalan di atas, persoalan yang utama, adakah penurunan faedah ini memberikan impak positif atau negatif???
1)Penurunan faedah akan mengurangkan kos pinjaman.
Bagi yang mengambil pinjaman yang terdapat kadar apungan, mereka akan membuat bayaran balik bulanan yang lebih rendah. Bagi kaedah sewa beli ia tidak akan terjejas. Untuk pinjaman baru, ia akan mengguna pakai kadar faedah baru. Rujuk pihak bank untuk maklumat lanjut.
2)Untung pelaburan akan berkurangan.
Bagi yang melaburkan wang yang banyak kepada pihak bank, pulangan pelaburan yang diberikan oleh pihak bank akan berkurangan disebabkan kadar faedah ini berkurangan.
3)Belanjawan meningkat.
Inilah salah satu sebab utama BNM mengurangkan kadar faedah supaya belanjawan setiap rakyat Malaysia dapat ditingkatkan bagi merangsang ekonomi negara. Ye lah, dah hutang berkurangan, jadi ada lebihan wang di tangan, makanya, lebihan wang tu dapat mendorong kepada perbelanjaan. Kuasa perbelanjaan yang tinggi dapat merangsang ekonomi negara.
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]