Buku Sumber Stem Grafik Komunikasi Teknikal
STEM ialah singkatan bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik yang diguna pakai secara global. Di negara membangun, banyak pelaksanakan dibuat bagi mengubah keadaan bilik darjah yang lama kepada yang lebih aktif. STEM juga adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.
Di Malaysia, senario bilik darjah di sekolah masih di tahap yang sama. Cikgu berdiri mengajar di depan, dengan murid duduk mendengar dan menulis apa yang diperkatakan.
Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.
Dari segi pelaksanaan di sekolah memang masih terdapat kekurangan kerana para guru juga terbeban dengan pelbagai tugasan serta perubahan kurikulum yang agak mendadak. Namun, ia sedang dipertingkatkan dari masa ke semasa. Untuk jangka masa panjang ia bagus untuk menyediakan seseorang pelajar menghadapi realiti dan kerjaya masa hadapan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;
Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badanbadan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluasan operasi.
Bagi membantu guru dalam menerapkan STEM dalam pdp, pihak BPK telah mengeluarkan buku sumber untuk guru.
Berikut merupakan Buku Sumber Stem Grafik Komunikasi Teknikal
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]