Koleksi Bank Soalan Sekolah Rendah UPSR 2019
Menjadi kebiasaan bagi seorang guru untuk menyediakan pelbagai aras soalan kepada murid dan pelajar bertujuan untuk menguji kefahaman dan penguasaan mereka dalam pembelajaran.
Peperiksaan juga perlu dirangka agar menjadi pendorong supaya pelajar sentiasa ingin belajar dan meningkatkan kefahaman ilmu secara berterusan, tidak hanya terikat kepada musim peperiksaan untuk menjawab kertas soalan. Di samping boleh memahami sesuatu kandungan dalam sesuatu disiplin ilmu, peperiksaan juga perlu dirangka bagi meningkatkan integriti. Bukankah salah satu etika dalam peperiksaan ialah menjawab secara jelas berasaskan kefahaman, tidak meniru apatah lagi menipu.
Jika difahami dengan setepatnya dan dirangka sebaiknya, peperiksaan dapat menyuburkan minda kreatif dan inovatif. Menerusi kaedah penilaian berterusan sepanjang tahun sebagai contoh, maka seluruh aktiviti pelajar dalam dan luar bilik darjah boleh diolah supaya proses pembelajaran dapat dijalankan secara lebih bersahaja, holistik dan menyeronokkan.
Perkongsian ini melibatkan pelbagai bank soalan di peringkat rendah dari tahun 1 hingga tahun 6 dan juga bank soalan melibatkan upsr seperti soalan diagnostik, percubaan upsr dan pelbagai lagi.
Bahan pertama adalah bahan berkaitan dengan peperiksaan di peringkat sekolah rendah iaitu UPSR.
Koleksi Percubaan UPSR 2018 Pelbagai Negeri
Himpuan Bank Soalan Percubaan UPSR 2017
Koleksi Percubaan UPSR DIDIK 2019
Koleksi Percubaan UPSR 2019 Pelbagai Negeri
Koleksi Persediaan UPSR 2019 BM BI SN MT
Seterusnya adalah bank soalan bagi peperiksaan sumatif KSSR bagi tahun 1 hingga tahun 6. Kongsikan kepada rakan guru. Koleksi koleksi bank soalan di bawah ini akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Semoga bermanfaat kepada rakan guru. Ujian akhir tahun belum dikemaskini untuk soalan terkini 2019…
Koleksi Ujian Akhir Tahun KSSR Sekolah Rendah
Koleksi Pentaksiran dan Ujian Mac Tahun 1 hingga Tahun 6 2019
Koleksi Pentaksiran Pertengahan Tahun dan Ujian Mei Tahun 1 hingga Tahun 6 2019
Koleksi Ujian Pertengahan Penggal 2 Ogos KSSR Sekolah Rendah 2019
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]